Kata Aluan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T dan syukur ke hadratNya, dengan limpah serta izinnya Kaprima Enterprise telah mewujudkan satu laman web yang mana akan melakukan pasaran penjualan kambing dan ikan talapia (merah).
Saya melihat laman web ini adalah merupakan pelengkap bagi maklumat dan penjualan secara meluas dan menyeluruh. Saya percaya dengan adanya laman web ini, pasaran bagi Kaprima Enterprise akan lebih efisyen dan teratur, malah menyenangkan bagi orang ramai mendapatkan maklumat dan informasi dari Kaprima Enterprise.
Perusahaan ternakan kambing dan ikan ini adalah untuk mencakupi bekalan kambing pedaging dan ikan untuk masyarakat setempat amnya di daerah Raub dan juga di dalam negeri. Jika projek perusahaan ini berkembang dengan pesat, struktur dalam memasarkan ke negeri-negeri lain mungkin akan dirancangkan dan dijalankan.
Saya berharap Kaprima Enterprise akan lebih maju pada masa akan datang dan juga mengalakkan perusahaan penternakan bumiputera membuat pasaran dan memberikan makumat dalam penggunaan laman web.
.


